Monday, August 3, 2009

Loya di senja hari

Orang ramai sekarang ni sibuk dengan kes H1N1.. banyak jugak la universiti dan sekolah yang tutup sebab kes ni. Uniten jer yang tak tutup-tutup lagi. Kata Kak Sha, dah 10 budak pompuan kena quarantine, tak pasti kat Ilmu ker kat Murni. Simptom-simptom H1N1 ni adalah seperti demam kura-kura, batuk berlarutan sampai rasa nak tercabut anak tekak, selsema ala-ala babi, ketidak bolehan untuk bernafas a.k.a sesak nafas dan apa ntah lagi.

Tapi aku tak tau kenapa aku tetiba rasa loya sangat petang tadi sewaktu di ofis Kak Sha. Nak kata simptom H1N1, macam tak ada jer dalam list. Tetiba aku teringat satu penyakit yang aku terbaca dalam blog Abdul Hadi a.k.a Bob, penyakit B1N1.. Menurut Bob penyakit tu kena kat pompuan yang mengandung jer.. Isk3.. pelik..pelik.. Tapi ada orang tu kata aku nak kena demam, tu yang loya-loya.. betul gak kot sebab aku dah mula rasa badan dan nafas aku panas.. huhu...

Pulut Kuning

Perrghh... dah lama tak pekena pulut kuning.. Tetiba Rahim offer pulut kuning dengan rendang daging yang dibawa pulang dari rumah abangnya.. Tanpa segan silunya aku pun bedal pulut kuning tersebut. Dah la aku seharian tak makan apa-apa lagi. Memang rezeki aku la, hehe.. Aku lupa kalau aku makan pulut kuning, aku akan mengantuk tahap Gaban.. Elok-elok sebelum makan boleh bergerak bebas (siap jogging lagi), lepas makan terus kepala aku jadi berat tahap Gaban dibebani perasaan mengantuk.. Aku rasa Gaban pun tak mengantuk macam ni lepas makan pulut kuning.. huhu..

Aisey, mcm mana nak gi meeting nih... ngantok nyer....

Friday, June 26, 2009

Perginya Seorang Raja Pop

Tiada lagi Billie Jean, Beat It, atau Black or White..

Michael Jackson, Raja Pop Dunia, dikhabarkan meninggal dunia pagi tadi di UCLA Medical Centre, Los Angeles pada usianya 50 tahun. Beliau dikatakan mengalami serangan jantung mengejut di kediaman beliau di Holmby Hills. Walau bagaimanapun, punca kematian beliau masih lagi disiasat.

Aku terkaku, terkesima, dan terdiam tanpa kata.
Mataku terpaku membaca berita kematian penyanyi yang amatku minati suatu masa dahulu dan masih aku kagumi hingga ke saat ini.
Baru semalam aku mendengar lagu "You Are Not Alone" nyanyian beliau.
Tak sangka berita mengejut seperti ini muncul di pagi Jumaat yang mulia ini...

Jika benar Michael Jackson telah memeluk Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..


Michael Jackson (1958-2009)

Thursday, June 25, 2009

Jerawat & Ngorat

Hari ni, belum sempat ayam jantan jiran sebelah rumah aku berkokok, aku sudah terjaga dari alam mimpi. Mujur tak mimpi basah. Aku mematikan bunyi alarm henset aku dan terus ke kamar mandi.

Aku ke sinki dan membasuh muka beberapa kali untuk menyegarkan mataku yang masih pedih disinari cahaya lampu. Aku melihat raut wajahku di dalam cermin. Di belek-belek muka aku, aku tertanya-tanya. Kat bahagian mana muka aku ni iras-iras Engku Emran ya? Sampai Mama kawan aku pun kata muka aku ada iras-iras suami Erra Fazira tu. Atau aku patut cakap, muka Engku Emran ada iras-iras aku? Mungkin di hidung atau mata kot.

Tetiba aku terkejut melihat sesuatu yang semalamnya tak wujud di muka aku.

"Jerawat??"

Bila masa pulak jerawat ni tumbuh? Semalam tak ada pon. Besar pulak tu. Adeh...

Kalau arwah Tok aku masih ada, mesti dia akan tegur -

"Haa, hang ngorat sapa tu? Jerawat pnuh muka!" tegur Tok dengan loghat Siam-Kedahnya.

Apa kaitannya ngorat dengan jerawat? Aku tak nampak pun iras-iras antara ngorat dan jerawat. Tak ada pertalian darah pun. Mungkin ada hubungan sulit agaknya disebalik pengakhiran huruf 'T'.

Kakak aku pun pernah cakap macam tu. Kalau kita ngorat orang, nanti tumbuh jerawat. Ye ker? Tapi aku tak ngorat siapa-siapa pon. Niat nak ngorat tu ada la kot =p. Mungkin kalau kita dingorat, tindak balas jerawat tu boleh berlaku jugak.

=)

Monday, June 22, 2009

Coli a.l.d.s Bra

Aku pulang dari kelas kira-kira jam 12.13 tengah hari. Kelihatan sahabatku Daus masih lagi nenyak diulit mimpi dengan keadaan meniarap di atas katil tanpa seurat benang pun di badannya. Cuma badannya sahaja. Tapi dari pusat ke buku lali masih tertutup kerana dia berseluar slack.

"Hoi, bangun la.. dah kul 12 lbey dah," aku cuba mengejutnya dari dunia mimpi.

"Baru kul 12........" Daus menjawab dengan malas.

Daus ni sebenarnya sangat rajin dan pandai dalam pelajaran dan juga permainan catur. Tapi entah kenapa hari itu Daus sangat liat untuk bangun awal, mungkin kerana semalam dia tidur lewat mengkaji ranking dan cara permainan daun terup bersama-sama Pian.

Sedang aku berusaha mengejutnya, tiba-tiba pandangan mataku terpaku melihat kesan atau corak aneh di bahagian belakang badan Daus. Aku sempat mengambil gambar bekas kesan tersebut dengan kamera hensetku sebagai bahan bukti dan juga sebagai bahan untuk 'membahan' Daus di masa akan datang.

"Daus, aku rasa ko salah pilih saiz la, ketat sangat," aku cuba membuka topik berbual yang meransang otak Daus supaya dia berfikir dan sedar dari tidur.

"Ketat? Salah saiz??" tanya Daus terpinga-pinga.

"Ni haa.." aku menunjukkan gambar yang aku ambil tadi kepadanya.


Sekali pandang macam kesan tali coli atau lebih dikenali sebagai Bra. Sejak bila kawan aku ni pakai bra? Kecewa kalah main Chess, terus jadi Nyah ker? Hahaha.

"Ko gi jual badan pakai bra ker malam tadi?" sambungku lagi.

"Kepala hotak ko," kata Daus dengan lembut kerana dia memang seorang yang penyabar.

Daus dan aku tergelak besar melihat gambar tersebut. Sedar-sedar, rupanya Daus dah kembali ke alam mimpinya.

=)

Sunday, June 21, 2009

Hujan dan Air Mata

Elok juga kalau hujan turun sekarang ni..

Walaupun tak boleh melegakan fikiran yang berserabut, sekurang-kurangnya mungkin boleh membantu untuk melelapkan mata..

Lagipun rasanya dah lama hujan tak turun..

Meskipun nampak leceh dan menyusahkan, manusia tetap perlukan hujan..

Manusia tak boleh hidup tanpa hujan..

Suka atau tak, hujan tetap akan turun..

Walaupun bukan untuk manusia, sekurang-kurangnya untuk Sang Awan melepaskan sedikit tanggungannya..



"I love walking in the rain because no one knows I'm crying..."


=)

Friday, June 19, 2009

Pemandu Muda

Petang itu aku dan Kak Long ke Tesco membeli bahan masak. Nak masak Mee Bandung Muar, kata Umi. Seperti biasa, ke mana saja maknya pergi, Syaraf, anak buah aku pasti akan ikut.

"Suuuuu!!" Syaraf memanggilku.

"Yeeeee!!" aku menyahut ikut gayanya.

"Su dok depan!" Syaraf memberi arahan kepadaku sambil menunjuk ke arah tempat duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Dia pula sedang elok duduk di tempat pemandu.

Aku terpinga-pinga sebentar. Bukan aku ker yang sepatutnya bawak kereta?

"Takpa la, Su nak dok belakang, nak jadi boss." aku menjawab dan duduk di tempat duduk belakang.


Gaya Syaraf atau nama sebenarnya Asyraf Farhan yang baru berusia 2 tahun itu sudah seperti seorang pemandu muda yang berkaliber, cuma tak cukup ketinggian nak cecah kaki kat pedal minyak.

"Dah..dah.. kita dah lambat ni," kata Kak Long sambil mendukung Syaraf ke tempat duduk belakang.

Aku mengambil alih posisi sebagai pemandu muda kedua dan menuju ke Tesco.

=)